nikmat

Sungguh damai suasana pagi ini. Rasa tenang sambil menelaah nota-nota sebagai persiapan menghadapi exam yang bakal bermula esok.

Saya akan menduduki 3 paper sahaja untuk semester akhir ini. Jarak tempoh antara ketiga-tiga paper juga agak lengang sekaligus memberikan ruang masa yang cukup untuk membuat revision.

Kalau ikut jadual exam, insyallah paper terakhir ialah pada 21 hb ini. Kemudian akan disusuli dengan final year peroject presentation (fyp). Sesi ini sedikit merisaukan saya kerana hasil kajian pada saya tidak menepati teori seperti yang dibaca. Sudah pasti saya perlu menyediakan hujah-hujah yang logik dan diterima akal bagi mempertahankan keputusan ini.

Saya harapkan prestasi saya dapat ditingkat kali ini untuk memudahkan saya mencari kerja kelak. Persaingan mencari kerja dan juga pemilihan yang ketat menyebabkan saya perlu membuat persiapan yang rapi dan terancang untuk melangkah ke alam kerja.

Bagi adik-adik dan sahabat2 yang masih di kampus, saya doakan anda semua terus istiqamah dalam menempuh liku-liku sebagai seorang pelajar. Banyakkan bersabar dan jauhi maksiat. Kata seorang imam besar mazhab, " ilmu itu ibarat cahaya, hanya hati yang bersih dapat menerima cahaya tersebut"

Berbahagialah menjadi seorang pejuang di jalan Allah. Bukan semua terpilih untuk merasai nikmat ini. Nikmat yang boleh dirasai dengan mata hati. Nikmat yang memberikan ketenangan dalaman ketika mengahadapi ujian tuhan.

Syukuri nikmat sebagai pelajar yang berjuang di jalan Allah dengan azam untuk menjadi manusia yang berkualiti di dalam masyarakat selepas keluar kelak. Pastikan diri kita berguna untuk masyarakat. Insyaallah.

Moga kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment