TERSENARAI TERBAIK 20 HPA MALAYSIA (TOP 20). PEMIMPIN YANG LAHIR DARI PROGRAM PBC.

Untuk berjaya dan menjayakan orang lain, bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlu banyak sabar, banyak pengorbanan, rela menempuh kepayahan dan perlu bersedia mengharungi duri dan ranjau. Dalam usia yang terlalu muda bersama HPA, PJS Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin telah membuktikan kepada kita semua bahawa jika bermula dengan niat yang betul, dilakukan dengan cara yang betul, pasti hasilnya akan berlipat kali ganda. Kata-kata daripada Imam Al-Ghazali menjadi pemangkin dan cetusan semangat kepadanya:


“ Jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”.


Anak muda kelahiran Pulau Pinang ini mula menceburkan diri bersama HPA pada Ogos 2006. Walaupun pada peringkat awalnya beliau tidak mempercayai system MLM ini, namun lama- kelamaan beliau makin bertambah yakin dan nampak peluang yang terhidang di hadapan. Kesan dari Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC ) pada Oktober 2006 di Sungai Petani menjadikan PJS Syed Ageel semakin hari semakin bersemangat untuk berjuang dan bergelumang dengan dunia barunya, HPA.

Menerima Anugerah Pengarah Jati Mahkota (PJM)

PJS Syed Ageel sanggup berhenti kerja. Beliau melepaskan jawatan sebagai Juru Audit Kanan di Penang Port pada Mac 2008 semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perjuangan HPA. Ramai kawan-kawan mengatakan beliau tersilap dan “sudah gila”. Jawatan besar dan pendapatan yang lumayan sanggup ditinggalkannya. Sebagai seorang yang berprinsip dan tegas, PJS Syed Ageel mula menghayun langkah tanpa menoleh ke belakang. Beliau menggempur HPA habis-habisan tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.

Anugerah Terbaik 20 HPA Malaysia (TOP 20) mengerjakan IBADAH HAJI

Daripada seorang yang pemalu dan pendiam, malah kurang bercakap, akhirnya PJS Syed Ageel mula bertukar watak dan sifat. Beliau keluar ke tengah-tengah masyarakat dengan membina jaringan dari Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Perak, Kedah malah beliau berkelana hingga ke Negara Brunei Darussalam, Medan dan Palembang di Indonesia.

Sentiasa bersama isteri tercinta, PJS Suhaiza Rusli

Dalam tempoh dua tahun sahaja, PJS Syed Ageel berupaya mencipta kejayaan dengan memperoleh pendapatan bulanan 5 angka sebulan. Bukan itu saja, beliau juga telah dinobatkan sebagai TOP 20 HPA dalam KONVEK ’09 yang lalu dan meraih anugerah mengerjakan IBADAH HAJI ke Tanah Suci Kota Mekah. Kini namanya sudah sebaris dengan nama-nama besar yang lama dalam HPA. Beliau merupakan Pengarah Jati Mahkota (PJM) dan tersenarai dalam 20 pemimpin terbaik HPA Malaysia bagi tahun 2008-2009.

Gambar kenangan bersama rangkaian dari Pasir Gudang Johor

Sesungguhnya anugerah yang diterimanya itu, adalah layak dan setimpal dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukannya. Beliau cukup gigih dalam membina rangkaian. Telinga sudah tebal dengan sindiran dan cercaan. Namun beliau tidak pernah kenal erti kecewa dan putus asa. Semangatnya kuat, jiwanya kental dan beliau sangat prihatin dan positif kepada rangkaiaannya. Malah beliau merupakan idola kepada semua rangkaiannya sama ada di Malaysia, Brunei dan juga di Indonesia.

Tahniah PJS Syed Ageel.

sumber: http://hpa.com.my/metrohpa/?p=326

Read More !

nikmat

Sungguh damai suasana pagi ini. Rasa tenang sambil menelaah nota-nota sebagai persiapan menghadapi exam yang bakal bermula esok.

Saya akan menduduki 3 paper sahaja untuk semester akhir ini. Jarak tempoh antara ketiga-tiga paper juga agak lengang sekaligus memberikan ruang masa yang cukup untuk membuat revision.

Kalau ikut jadual exam, insyallah paper terakhir ialah pada 21 hb ini. Kemudian akan disusuli dengan final year peroject presentation (fyp). Sesi ini sedikit merisaukan saya kerana hasil kajian pada saya tidak menepati teori seperti yang dibaca. Sudah pasti saya perlu menyediakan hujah-hujah yang logik dan diterima akal bagi mempertahankan keputusan ini.

Saya harapkan prestasi saya dapat ditingkat kali ini untuk memudahkan saya mencari kerja kelak. Persaingan mencari kerja dan juga pemilihan yang ketat menyebabkan saya perlu membuat persiapan yang rapi dan terancang untuk melangkah ke alam kerja.

Bagi adik-adik dan sahabat2 yang masih di kampus, saya doakan anda semua terus istiqamah dalam menempuh liku-liku sebagai seorang pelajar. Banyakkan bersabar dan jauhi maksiat. Kata seorang imam besar mazhab, " ilmu itu ibarat cahaya, hanya hati yang bersih dapat menerima cahaya tersebut"

Berbahagialah menjadi seorang pejuang di jalan Allah. Bukan semua terpilih untuk merasai nikmat ini. Nikmat yang boleh dirasai dengan mata hati. Nikmat yang memberikan ketenangan dalaman ketika mengahadapi ujian tuhan.

Syukuri nikmat sebagai pelajar yang berjuang di jalan Allah dengan azam untuk menjadi manusia yang berkualiti di dalam masyarakat selepas keluar kelak. Pastikan diri kita berguna untuk masyarakat. Insyaallah.

Moga kita berjumpa lagi.

Read More !

betul ke?

  1. berita-berita politik di Malaysia semakin sensasi. setiap hari ada cerita baru.
  2. isu Selcat, kepala lembu, egm, wang ehsan dan lain-lain. Nampak macam pemimpin - pemimpin yang dipilih ni berserabut dan tak tahu nak urus negeri dan negara.
  3. benarkah andaian sebegini? tapi begitulah hakikatnya pandangan masyarakat bila isu-isu ini ditimbulkan. rakyat mula rasa kecewa dengan apa yang berlaku. mereka menyesal memilih kerajaan baru tapi akhirnya lebih menimbulkan keserabutan berbanding kecemerlangan.
  4. sekali lagi, benarkah andaian sebegini dan sebegitu? maknanya kena pilih kerajaan dahulu pada pilihan raya umum akan datang. kerajaan sekarang tak ada perubahan malah makin serabut, dakwa sesetengah pihak.
  5. benarkah andaian ini? calculation yang sangat mudah; terkini tak elok, jadi amik yang terdahulu. yang terdahulu tak elok, amik yang terkini pula. begitu? terpulang kepada anda. Kuasa undi di tangan anda.
  6. jangan menyesal di kemudian hari sudahlah. ini pesanan saya.
  7. pandangan saya mudah. dalam menilai, kita kena jadi bijak. tahu apa yang nak dinilai. bukan mengikut apa yang dinilai oleh orang awam dan media. nak menilai prestasi kerja atau menilai "pergeseran", "perbalahan", atau "keributan" ?
  8. betulkah sebenarnya ada keributan seperti yang digembur-gemburkan media? beza pandangan maksudnya berpecah.tidak setuju maksudnya tidak sehaluan. kritikan maksudnya tiada kerjasama.betul ke penilaian sebegini?

Read More !