Harapan Paling Akhir (HPA)





Pejam celik2, sudah hampir dua tahun saya bersama dengan HPA. HPA yang bermaksud Herba Perubatan Al Wahida juga popular dikenali sebagai "Harapan Paling Akhir". Slogan "Harapan Paling Akhir ini kali pertama saya mendengarnya ketika menghadiri kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran HPA Dungun yang dipimpin oleh Ustaz Jamaluddin atau lebih mesra dikenali sebagai Ust Ja


Walaupun dilihat telah bersama lama dengan HPA (dua tahun bukan waktu yang singkat), tetapi tahun pertama penglibatan saya bersama dengan syarikat ini hanyalah sebagai ahli "tidur nyenyak". Maksudnya tidak pernah membeli produknya walaupun satu "sachet" kopi Radix. Mungkin sebab saya kesibukan pada waktu itu sebagai seorang pelajar yang banyak terlibat dengan aktiviti kokurikolum lain.

Hati terdetik untuk betul2 mengambil cakna secara serius dengan HPA apabila berpraktikal di Terengganu. Pengenalan dengan seorang sahabat bernama Zumairi yang asyik bercerita "bestnya HPA", "penting HPA" dsb menyebabkan saya tertarik untuk menjadi sebahagian daripada "mata-mata rantai" perjuangan HPA.

Penyertaan dalam PBC lebih menguatkan semangat saya untuk terus bersama dengan syarikat ini. Penekanan yang diberikan oleh Ust Ja bahawa HPA nih bukan hanya sekadar peluang perniagaan tetapi juga merupakan satu PERJUANGAN benar2 membakar semangat saya untuk terus bersama. Keazaman HPA untuk mengembalikan maruah ummah yang tertipu dan terlalu bergantung dengan produk makanan dan perubatan milik orang bukan Islam menjadi pendorong saya hingga kini.

Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk terus menyambung perjuangan memartabatkan agamaMu di muka bumi ini.

Ya Allah, kurniakan kami kesihatan yang baik, jauh daripada wabak2 berbahaya seperti H1N1, TB, taun dsb supaya kami benar2 kompetan untuk memberikan sumbangan kepada agamaMU sedaya mampu kami.

Perkenankan rayuan kami ini, ya Allah

Read More !

Selamat Berpuasa


Ramadhan datang lagi.

Semoga kita semua mengambil peluang ini sebaiknya.

Kerana ini mungkin Ramadhan kita yang terakhir.

"Beribadahlah seperti mana kamu akan mati esok hari"

"beribadahlah seperti kamu melihat Allah dan Allah melihat kamu. Jika kamu tidak dapat membayangkannya, cukuplah kamu meyakini bahawa Allah melihat kamu"

Read More !

Tafsir Surah at Taubah, 122-123 (TUNTUTAN JIHAD DAN KEPERLUAN MENUNTUT ILMU.)

Firman Allah Taala



Bermaksud “ Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang,oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari setip-tiap puak diantara mereka,supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama,dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya yang keluar berjuang apabila orang-orang itu kembali kepada mereka,mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah.)( at-Taubah:122)

Asbabul Nuzul (sebab turun ayat)

Di riwayatkan oleh Ibn Abi Hatim yang bersumberkan daripada Ikrimah katanya, ketika turun ayat
Bermaksud: “Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (at-Taubah:39) beberapa orang penduduk kampung yang jauh dari Bandar tidak menyertai peperangan kerana mengajar kaumnya tentang ilmu. Lalu Orang-orang munafiq berkata: “Celakalah orang-orang di kampung itu kerana ada segelintir yang tidak turun ke medan perang”. Lalu turun ayat ini وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً hingga akhirnya.

Dalam satu riwayat yang lain juga diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Abdullah bin Abidullah bin Amir berkata: “Orang-orang Islam diberi galakkan supaya berjihad, apabila Rasulullah s.a.w. menghantar bala tentera ke medan perang mereka akan keluar beramai-ramai. Pada masa yang sama mereka meninggalkan Nabi s.a.w. di Madinah dengan beberapa orang sahaja. Lalu ayat itu di turunkan.

Hukum hakam dan pengajaran yang berkait dengan ayat di atas.

1. Keluar ke medan perang adalah fardhu kifayah.Ayat di atas menerangkan kepada kita, bahawa orang-orang mukmin itu tidaklah semuanya diperintahkan pergi berjihad,ini adalah kerana berperang itu hukum asalnya adalah fardu kifayah.Apabila sebahagian orang-orang mukmin telah mengerjakannya maka gugurlah kewajipan itu atas yang lain.

Kecuali jika pihak pemerintah mengeluarkan arahan supaya pergi ke medan perang. Pada saat ini hukumnya adalah wajib.Seperti yang berlaku di dalam peperangan Tabuk.Rasulullah s.a.w memerintahkan semua penduduk Madinah pergi ke medan jihad dan dikecualikan kepada beberapa golongan antaranya orang tua ,orang uzur dan kanak-kanak.

2. Kewajipan menuntut ilmu. Allah Taala memerintahkan sebahagian masyarakat pergi berperang dan sebahagian lagi mesti menuntut ilmu. Menuntut ilmu juga penting berbanding keluar ke medan jihad. Tidak seharusnya mementingkan kepada berjuang semata-mata dan meninggalkan tuntutan menuntut ilmu pengetahuan. Ini kerana golongan yang berilmu berkewajipan menyampaikan ilmu yang berkait dengan hukum hakam dan sebagainya kepada golongan yang keluar berjihad apabila mereka pulang.

Sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah dalam sebuah peperangan yang tidak disertai oleh Baginda, seluruh sahabat semuanya turun ke medan perang sehinggakan meninggalkan Baginda dengan beberapa orang sahaja di kota Madinah. Lalu Allah Taala memberi arahan supaya tidak sepatutnya Rasulullah s.a.w ditinggalkan di madinah bersama dengan beberapa orang sahaja.

3. pengertian لِيَتَفَقَّهُوا (hendaklah kamu mendalami ilmu) di dalam ayat ini memberi makna mendalami dan mempelajari ilmu pengetahuan yang menyeru manusia kepada al-haq (kebenaran). Ilmu itu adalah untuk memberi peringatan dan membimbing para pejuang agama Allah kepada agama yang sebenar. Memberi amaran kepada mereka tentang bahaya sifat jahil dan hendaklah menjauhkan perkara-perkara maksiat kepada Allah Taala.


SIASAH ( POLITIK) PEPERANGAN DALAM MEMERANGI ORANG KAFIR

Firman Allah SWT

Bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman!Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu,dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan(serta ketabahan hati) yang ada pada kamu dan ketahuilah,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolongannya).(at-Taubah:123)

Tafsir dan Keterangan Ayat.

1- Di dalam ayat ini Allah taala meyeru kepada orang-orang yang beriman supaya memerangi kaum kafir yang paling hampir dengan tempat mereka dan seterusnya yang paling hampir selepas daripada itu. Yang dekat itu lebih berhak dan lebih utama sebelum menyerang tempat yang jauh. Inilah suatu siasah peperangan yang diajar oleh Allah taala kepada kita.
2- Siasah peperangan itu ialah orang-orang kafir dapat merasai sikap pejuang-pejuang tentera Islam yang mempunyai jiwa dan semangat yang kental, gagah perkasa, penuh kesabaran dan sebagainya ketika berperang.Ini adalah fitrah dan adat peperangan serta maslahah peperangan. Firman Allah taala. At-taubah 73



Bermaksud: “Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka”.

3 Ketahuilah , Allah Taala bersama orang –orang yang bertakwa iaitu mereka akan diberi kemenangan, serta diberi perlindungan dan bantuan oleh Allah Taala.Orang-orang yang bertakwa ialah orang yang menjalankan segala perintah Allah, di kerjakan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Hukum hakam dan pengajaran yang berkait dengan ayat 123

1.Umat Islam dibenarkan oleh syarak untuk memerangi kaum kafir (kafir harbi) yang sentiasa mengambil peluang untuk menghancurkan Islam.

2.Allah Taala mengajar kepada kita bagaimana cara untuk berjihad dan berperang dengan musuh Islam. Di mulai dengan mereka yang paling hampir jaraknya. Sebab itu Rasulullah s.a.w memulakan serangan kepada bangsa arab terdahulu kemudian diikuti kuasa besar Rom dan Parsi.

Aturan atau tertib menjalankan dakwah dan memerangi musuh Allah Taala.

Ini adalah uslub dan pengajaran kepada kita bagaimana untuk berdakwah dan berperang .Mestilah mengikut tertibnya sebagaimana yang diperintahankan oleh Allah.

 Di dahulukan yang terdekat.Firman Allah Taala

Bermaksud: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.(as-Syu’ara’:213)

 Kemudian disebarkan kepada penduduk sekitar di kepulauan arab.Firman-Nya:

Maksudnya: “Dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya”. (al-An’am:92 )

Firman-Nya lagi :

Bermaksud: "Kamu(kaum-kaum Arab Badwi) akan diajak menentang satu kaum (penceroboh) yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka menurut perintah Islam (secara damai).”

 Kemudian bergerak pula kepada penduduk di luar kawasan penduduk arab .Firman Allah Taala;

Bermaksud: “Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat.”(at-Taubah : 29)

Bermaksud: “Dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu”.(al-An’am:19)

3- Orang Islam dituntut supaya bersifat tegas dan kasar terhadap orang kafir sehinggakan orang kafir boleh menyatakan bahawa orang Islam memang keras dan tegas. Terutamanya dalam medan peperangan. Di luar medan perang orang Islam mestilah lembut dan mesra dengan mereka. Berdakwah kepada mereka dengan hikmah dan bijaksana.

4- Sesungguhnya Allah Taala adalah Penolong kepada orang-orang yang bertakwa samada semasa perang ataupun semasa aman.Dengan syarat tujuan peperangan itu adalah kerana bertakwa kepada Allah bukannya untuk mencari kedudukan, pangkat dan harta.


Wallahu’alam

Rujukan: Tafsir al-Qurtubi
Tafsir al-Munir

Read More !

Motivasikan Dirimu




Read More !

Muhammad Al Fatih: Bagaimana Baginda Terbentuk?



Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapol.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter.
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebel.
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 battalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat di letakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerentah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub Al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad Al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal Al Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerentah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujjah bahawa se orang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad Al Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisa. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapol dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisa dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda banginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebiuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu. Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti. Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sbaginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Instanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa taqwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerentah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain. Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerentah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi. Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad Al Fatih.

Dipetik daripada: http://cetusan-hati.blogspot.com/

Read More !

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group
."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Dipetik daripada Malaysiakini, 13 August 2009
Penulis: Hishamuddin Rais

Ulasan: Hishamuddin merungkai satu persoalan yang "wajib" untuk direnungi oleh semua pihak especially yang memperjuangkan keadilan sejagat. Mungkin sebilangan daripada masyarakat mengganggap pandangan Hishamuddin tidak masuk akal. Bagi saya, jika saya seorang kapitalis, jika saya berpeluang untuk menambah berbillion ringgit/pound/US dolar dengan cara sebegini, saya mungkin sanggup.

Saya bukan kapitalis. Tapi seorang pemuda Islam biasa yang mahu menghapuskan kezaliman dunia. Saya masih lagi merangkak2 untuk menggapai cita-cita tersebut. Mungkin sempat dan mungkin juga tidak. Tapi saya pasti berusaha ke arah itu.

Kapitalis adalah Penzalim. Mereka bagai Firaun Moden. mereka tidak perlu mengaku Tuhan tapi rakyat dunuia daripada pemimpin negara hingga petani biasa bergantung kepada mereka. Seoolah-olah mereka itu Tuhan. Penzalim ini pasti celaka di akhirat kelak. Tapi jangan mereka hanya celaka di dunia sana. Celakakan mereka juga di sini. Ayuh para pemuda, intellektual! Rapatkan saf, satukan barisan kita gempur para Penzalim ini dengan segala kekuatan yang kita ada.

Makbulkan doa kami ya Allah

Read More !

Mereka kuat

Selesai sudah sesi menyiapkan resume. Memang memenatkan. Harapnya kepenatan itu akan dibalas dengan hasil yang berbaloi. Insyaallah.

Resume itu mempromosi diri. Saya lah hebat. Saya lah layak dipilih. Saya mampu melakukan segala kemahiran yang diperlukan oleh pihak yang mengambil saya bekerja. Pendek kata saya ini orang serba boleh.

Heh. Itu lah dunia. Dunia hari nih perlukan orang yang mampu menyanigi orang lain. Siapa yang mampu tunujuk dirinya pria terhebat, dia akan menang. Yang tak mampu hanya mampu gigit jari. Itu pandangan orang kebanyakan.

Ramai yang x sedar kita menyiapkan resume kerana mengejar bahagian terkecil rezeki yang Allah kurniakan. Hanya 1 per 10. Kerja makan gaji.

Orang kata kerja lah makan gaji dulu, barulah lepas nih kita niaga. Niaga nih Rasul kata 9 per 10 rezeki. Banyak tuh. Tapi ramai yang tidak minat untuk terus menjuruskan diri dalam dunia niaga. Ada yang berminat tapi x bersungguh-sungguh. Semangat sebulan dua ja. Lepas tuh lingkup, malas, x larat dsb. Pendek kata tak mahu niaga.

Niaga nih memang penat. Penat bukan sehari dua, bukan seminggu dua, bukan sebulan dua tapi boleh jadi setahun dua, 10 tahun pun boleh jadi. Penat. Penat. Penat. Sebab tuh orang Melayu cepat lingkup. Mereka nih cepat penat. Bukan semua. Tapi sebahagian besar. Maaf kalau salah.

Hari nih nak cari kerja memang susah. Mungkin itu hikmah. Allah nak kita jangan just mengharap rezeki daripada orang lain. Mungkin juga Dia mahu kita buka sikit minda untuk niaga.

Rakan-rakan, dunia perniagaan sekarang dikuasai oleh orang Cina yang majoritinya non muslim. Cuba jalan2 gi bandar then kira kedai Cina dan Melayu. Bilangan mesti jauh berbeza.

Non muslim sangat gigih kejar 9 per 10 rezeki. Muslim yang mengaku mengikut sunnah pula terkejar-kejar rezeki 1 per 10.

Sedar atau tidak kitalah (baca: muslim) adalah consumer dan pelangan terbesar mereka. Mereka "bergantung" rezeki daripada kita. Mereka kuat kerana kita "membantu".

Saya bukan racist. Saya nak kita renung. Non muslim kini sangat bijak dan hebat. Saya jujur dalam hal ni. Mereka sudah kuasai ekonomi. Kini mereka kuasai politik. Dalam politik mereka juga bergaduh seperti Muslim tetapi dalam isu melibatkan kepentingan bangsa, mereka sanggup duk semeja mencapi satu keputusan yang memberi keuntungan bersama. Isu Sekolah Cina dulu menjadi bukti. Dua parti besar yang dikuasai Non Muslim seia menyatakan pandangan mereka.

Kita pun kena kuat seperti mereka. Bukan kuat untuk bergaduh. Kuat supaya semua seimbang. Kuat supaya muslim dan non muslim boleh jaga kepentingan masing-masing dengan baik. Bagi saya, kuasa politik yang masih kita kuasai menjadi "benteng terakhir" untuk kita jaga kepentingan kita.

Kalau "benteng terakhir" itu musnah?

Read More !

Dada ketat??

Selepas dua tiga hari mengunjungi klinik UTP, doktor bagi tahu dada saya ketat.

Ketat? Pelik dan berdebar.

Dia semacam x puas hati bila aku tarik nafas. Macam x tarik betul-betul.

"Dah tarik betul2 nih.." aku ngomel (dalam hati.)

Doktor bagi rawatan "melonggarkan" dada. Biasanya rawatan ini untuk pesakit asthma. Satu lagi pengalaman baru aku dapat hari ni. Aku ingat hari nih jer dapat rawatan ni. Rupa-rupanya ia berterusan selama 3 hari! Haih~

Bila aku fikir2 balik kat bilik sebab apa tiba-tiba dada aku dikatakan "ketat", baru aku sedar mungkin ni ada kaitan dengan apa yang kadang-kadang aku alami selama ni. Cepat penat.

Makan penat. Jalan Penat. Duduk saja pun penat. Nafas semput-semput. Macam orang tua. Haha

Tapi penat dalam "kurungan" nih lain macam skit. hari-ahari aku rasa lain macam dada nih.

Bila aku surf tenet cari sebab musabab kenapa benda nih berlaku, baru lah ku temui jawapannya.

Ia mungkin kesan daripada penggunaan ubat. Orang kata alahan pada ubat.

Alhan pada ubat nih banyak. Boleh jadi ruam pada kulit, pening, malah mati pun ada! Na'uzubillah. Dada rasa ketat pun antara kesan alahan pada ubat.

No wonderlah. Ubat yang aku makan pun boleh tahan "kuat"nya. Ubat antibiotik yang doktor bagi kali kedua memang "kaww". Pening kejap bila aku makan. Huhu..

Itu baru antibiotik. Ubat lain pun dapat gak. Ubat demam (3 pusingan), selsema (satu pusingan), asthma (dua pusingan), kahak (satu pusingan), batuk (dua pusingan) dan antibiotik sendiri (dua pusingan). Banyak kan~ Satu minggu dah berapa banyak ubat makan. Boleh kata setiap hari dapat ubat baru. Nasib2..

Tak apalah. Ini semua ujian. Dah hampir lima tahun x kena kuarantin. Kali nih Allah nak uji sekali lagi. Kena terimalah dengan hati terbuka.

Aku baru jer kena kuarantin. Tak kena penjara lagi. Macam manalah orang yanh kena tahana tanpa bicara tuh yer! Moga Allah terus bagi kekuatan kepada mereka dan keluarga.

Say NO to ISA!

Read More !

aku bebas!

Semalam genap seminggu menginap di 'villa' duyung, v6.

Hanya orang terpilih sahaja layak tinggal di situ. Kalau x dapat tuh memang bukan dikalangan yang terpilih lah.. haha.

Terpilih untuk "dikurung"..sob2

ya, aku dikurung di sana sebab suspected h1n1. Very nice experience (tapi sanggup nk repeat semula~)

Bosan.Ngantuk.Tensen datang silih berganti. Dah lah kawan2 lain cuti kat rumah. Aku sorang jer kat cni bersama junior2 lain. Haih~ Nasib2..

Tapi ada juga benda yang bernilai aku dapat sepanjang tempoh berkurung ni.

  1. Insaf dan takut nak mati. Risau aku takut aku betul2 positif h1n1. Wabak nih still x der vaksin nk merawatnya. Kalau kena tunggu turn lah. Bila pikir hal nih, memang rasa takut sebab x bersedia lagi nak hadapi kematian. Hutang dengan orang ada yang x selesai lagi. Tak minta maaf lagi dengan kawan2, mak ayah dsb. Buatnya mati betul, apa lah nak dijawab kat dalam kubur kelak. dasyat2..
  2. Bersyukur dengan apa yang ada. Untuk pengetahuan semua, makanan kami di tanggung. Pagi, lunch dan malam disediakan. Mula2 memang lah seronok dapat makan free tapi lama2 jadi bosan dan x der selera nak makan. Awal2 mememang merungut tapi lama2 terpaksa gak accept apa yang ada. Bersyukurlah still dapat makan. Ramai lai lagi kat luar sna x der makanan. Lagi satu terima apa yang diberi. No option. kalu malam tuh dapat nasi goreng kosong. Kena telan gak. Kalo x lapar..
  3. Bersabar. Aktiviti harian kami gi ziarah klinik utp. Kalau x pagi, pegi petang. Kalo x petang, pegi pagi. Yang penting wajib pegi. Nak tunggu rawatan doktor pun lama. kadang2 sampai 2-3 jam. Doktor sorang nak entertain berbelas2 orang.
  4. Last sekali hargai kebebasan. Yeah! Baru terasa besranya nikmat sihat dan kebebasan tuh. Bila doktor kta aku boleh kuar, hati nih rasa gembira sangat2.. padahal just balik v5 jer..haha.. rasa macam bru kuar dari penjara!

Read More !

Thank You Allah

Terima kasih atas segala nikmat yang telah Kau kurniakan ke atas kami. Cukup banyak dan tidak ternilai harganya.

Rasa terharu dan bersyukur apabila diri ini terpilih untuk menjadi seorang Islam.

Apa agaknya terjadi andai dilahirkan beragama lain dan matinya beragama lain? Nescaya api neraka yang panas menyala setia menanti

Namun rasa malu menyelebungi diri bila dinilai amalan setelah belasan tahun hidup di dunia ini. Kalau dikhabarkan 3 minit lagi mati, sempatkah nak ditunaikan segala urusan sebelum pergi mengadap Ilahi?

Sanggup nak merasai kesempitan dan kegelapan kubur?

Sanggup nak merasai sebatan Mungkar dan Nangkir?

Sanggup nak dibelet oleh ular yang tidak terperi ganasnya?

Sanggup nak merasai semua ini sehingga kiamat tiba?

Selagi nyawa masih di badan;

Baikilah iman;

Renungilah amalan;

Kesalilah kesilapan..

Moga kita dimaafi Tuhan

Read More !

Teladan: Demi Allah, saya akan terus bangkit....!

Azamin Amin
Tue | Aug 04, 09 | 4:28:48 pm MYT

'Pagi sapu sampah, tengah hari cuci tandas dan malam jadi jaga. Demi sesuap nasi, saya redha.'



Itulah antara pengalaman terbaik, hikmah Allah mengajar saya, agar menyelami dan menyelusuri pahit maung, kehidupan insan mencari rezeki halal di sisi Tuhan. Izinkan saya merakamkan saat-saat bangkit selepas tersungkur...

Hidup ini ada pasang-surut. Tak lepas ujian demi ujian melintasi. Ada masa di atas, sekali-sekala di bawah. Sihat dan ada waktu jatuh sakit. Begitu juga manusia, ada yang suka, tidak kurang juga yang benci dan mencerca. Watak-watak dan aksi-aksi ini, merupakan mata pelajaran yang tiada di dalam kelas dan kuliah tetapi sering kali disebut dalam kitab Allah.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Namun semua itu, baik yang kecundang atau tersungkur bukanlah pengakhiran kehidupan. Teringat, sewaktu menganggotai kadet tentera sekolah, slogan Renjer 'Agi Idup Agi Gelaban' - "selagi hidup, selagi berjuang" menjadi prinsip saya, menangkis cabaran mendatang.

Tahun 1999, saya berkelana dan merantau ke Johor Bahru, berkhidmat sebagai jurujual - salesman demi menampung kehidupan mencari rezeki. Selama setahun berada di kedai-kedai milik majikan saya yang diberi nama Galeri Perdana, satu di Kota Raya dan satu di Giant, Plentong yang menjual tulisan khat atau 'frame' ayat-ayat al-Quran ukiran kaca.

Selama itu jugalah saya 'bergelumang' menjadi jurujual sepenuh masa dari setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 9.30 malam. Kerja saya kemudiannya berterusan sehingga hari Sabtu dan Ahad ataupun cuti-cuti umum Malaysia.

Mencari sesuap nasi

Ada kalanya, cukup memenatkan, bosan dan tiada 'life'. Tatkala melihat rakan-rakan atau orang lain mempunyai masa 'enjoy' mereka, saya terperusuk di kaki kedai untuk sekian lamanya. Tetapi itulah harga bagi sebuah kesabaran, secubit pendapatan buat pengalas perut.

Kesabaran tidak terhenti setakat itu, tetapi diuji dengan karenah pelanggan aneka 'warna' dan ragam.

Suatu hari saya pernah dijerkah, ditempik dan dimaki seorang pelanggan di tengah orang ramai atas kesalahan yang bukannya berpunca daripada saya. Iyelah, tak salah dia, sebab barang yang dia pesan tak muncul-muncul, walaupun telah dibayar harga sepenuhnya.

Lalu, ilmu yang cebis, saya manfaatkan sebaiknya. Saya panggil, lantas minta dia duduk dengan tenang, sambil mengusap belakangnya sedikit. Ya, jika sedang berdiri, minta dia duduk supaya hilang marahnya. Tak silap ada hadis tentang itu.

"Pakcik, apa boleh saya bantu? Pakcik ceritakanlah baik-baik, supaya senang saya bantu," kata saya dengan nada yang santun.Barulah reda marahnya dan mencebiskan segala-galanya. Di penghujungnya, dia minta maaf kerana berkasar dengan saya.

Ujian kesabaran itu bersambung lagi apabila, setiap malam, setelah pulang daripada berkerja, majikan akan bertanya pula, berapakah jualan yang telah saya dapat pada hari ini. Tekanan cukup tinggi, mesti ada barang yang dijual hari-hari.

Bukan sesuatu yang mudah untuk menjual frame ayat-ayat al-Quran ukiran kaca yang berharga antara RM750 sehinggalah mencecah RM3,000. Tak percaya?

Ada ketika, tatkala dibakar terik mentari saya tuju rumah ke rumah sambil menggendong beberapa buah khat al-Quran itu. Ada masa saya dihalau dan selalunya tidak dilayan. Apa boleh buat jurujual seperti saya, sering di pandang negatif.

Pernah sekali itu di Masai, Johor, saya mendengar jeritan kanak-kanak di dalam rumah sehingga jiran-jiran semua menjenguk di tepi jendela rumah mereka.

"Mak, orang jahat datang....!"

Rupanya sikecil itu memanggil saya 'orang jahat' dan tanpa fikir panjang, saya terus buka 'langkah seribu' meninggal rumah tersebut sebelum keadaan menjadi bertambah kelam-kabut.

Ada juga saya buat kerja di 'luar kotak' fikiran. Selalunya orang menjual buah durian, air atau bantal kekabu di tepi jalan tetapi kali ini saya menjual khat-khat ayat al-Quran dengan harga tertampal RM880.00 di tepi simpang jalan utama. Banyaklah kereta yang berhenti dan terperanjat dengan tindakan 'gila' saya ini.

Itulah antara mehnah-mehnah yang saya lalui selama 365 hari. Ada kalanya rasa muak dan nak muntah namun demi mencari sesuap nasi, saya gagahkan jua.

Lazimnya, bagi menenangkan hati untuk berdepan dengan pelanggan, jualan dan majikan, setiap hari, saya cebiskan masa sekadar cuma 10 minit untuk membaca satu dua helaian al-Quran, senaskah kecil yang sering saya bawa ke mana-mana.

Walaupun sedikit rasanya dan hanya sekelumit doa setiap pagi, tetapi Allah itu Maha Penyayang.

Alhamdulillah, dari segi jualan secara puratanya, ada sahaja pelanggan yang membeli setiap hari. Tidak pernah menjangkau selama tiga hari, saya tidak dapat menjual apa-apa.

Di penghujung tahun, atas kesabaran yang dilalui peluh, perit, jerih dan sakit, saya berjaya meraih jualan sejumlah RM280,000 selama setahun bertugas sebagai jurujual.

Tanpa diduga, syarikat jualan telah memanggil saya kembali bertugas ke Kuala Lumpur dan dilantik sebagai Pengurus Operasi Zeq Holdings Bhd. Syarikat ini masih lagi beroperasi sehingga kini, menjadi pereka bentuk hiasan dalaman untuk masjid dan kediaman.

Daripada Hero ke Zero

Semua ini, kerja Allah. Allah yang menggerakkan hati manusia dan Dia jugalah menampakkan segala-galanya. Ya, buatlah kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, tanpa perlu menunjuk-nunjuk, kerana Allah itu kan ada, yang amat mengetahui susah senang hamba-Nya.

Inilah masa saya di puncak. Selama setahun, bergegas saya ke sana ke mari, cuti entah ke mana, waktu makan tak tentu masa dan rehat sepicing saja.

Itu semua gara-gara demi mencapai matlamat jualan RM 1 juta untuk sekitar Lembah Kelang namun sekadar mampu mencapai RM250,000 sahaja. Bukan kerja saya seorang, tetapi dibantu oleh pasukan pengurus jualan dan jurujual yang lain juga.

Genap setahun, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan menjalankan perniagaan sendiri, diberi nama Exzeq Trading. Asasnya produk yang sama, menjual khat al-Quran ukiran kaca, sambil berkerjasama bersama seorang kawan bernama Azman Abdullah.

Pada tahun pertama, kami berjaya 'menggapai' bintang. Saya sewa tapak pameran, dan perniangaan sangat-sangat menguntung. Kami rasa 'mewah' seketika. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, tahun berikutnya perniagaan saya mula 'lemas' kewangan.

Waktu itu, musim gawat. Tidak ramai yang sanggup berkorban untuk membeli barangan hiasan rumah seperti khat al-Quran yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit ini. Lebih baik mereka menampung kehidupan dan melapikkan perut yang kosong.

Sampailah ke penghujung tahun, perniagaan saya jatuh 'tersungkur'. Sungguh kecewa dan rasa putus asa kemudian menjelma. Dari atas saya naik, kemudian jatuh merudum.

Lalu saya kutip semangat yang jatuh berkecai satu - persatu dan saya cuba memupuk hati yang lara. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah, kerana saya masih mendapat hidayahnya.

Bayangkanlah dalam keserabutan itu, pelbagai idea-idea iblis menjelma, seperti merompak, mencuri, menipu, buat kerja-kerja kotor seperti jual dadah atau paling mudah membunuh diri.

Itulah jalan cepat untuk kaya dan jalan cepat untuk mati. Nasihat-nasihat itu, alhamdullillah tidak pernah saya ikuti dan termakan oleh nurani.

Dalam kecundang, saya memanjatkan doa bertali arus, sama deras dengan air mata membasah pipi. Mohon kepada Illahi, agar menolong diri ini, daripada tersembam ke bumi dan tidak bangkit lagi.

"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

Tanpa memilih kerja dan malu di muka, saya memohon, bekerja di sebuah Resort sederhana sebagai pekerja am. Dengan berbekalkan gaji RM680.00 sebulan, saya redha dan cuba menahan diri.

Daripada pengurus, berniaga sendiri akhirnya kembali menjadi kuli. Daripada 'Hero ke Zero' semula. Daripada ada, kembali kepada kosong. Daripada di puncak, kini di curam, saya redha kerana ini ujian untuk saya. Dan saya mesti bangkit dan terus bangkit lagi!

Saya ketepikan rasa malu dan tabahkan hati. Ya, sebenarnya perasaan malu tidak dapat memberi apa-apa makna dalam hidup apatah lagi memberi kita segumpal wang untuk meneruskan kehidupan.

Selaku pekerja am, saya berkerja dari awal pagi menyapu sampah-sarap dan membuang daun-daun kering di seluruh resort. Menjelang tengah hari saya perlu mencuci tandas, bilik air dan membuat kerja-kerja mengemas bilik penginapan - 'house keeping' pula.

Betulkan katil, ganti cadar lama ke cadar baru. Vakum dan mop lantai sekurang-kurangnya 20 bilik. Pastikan jamban tidak tersumbat dengan aneka sampah dan najis, itulah kerja hakiki saya.

"Biarlah susah, Allah kan ada. Janji halal dan tak susahkan orang.

"...yang penting...dapat tampung susu anak," pujuk rayu hati saya agar air mata ini tidak tumpah.

Paling mencabar dan tidak tahan, ketika membuat kerja-kerja kebun seperti mencangkul di waktu bulan puasa. Ada sekali, saya dan rakan sekerja diarah mengorek tanah, seluas kolam kecil di kala tengah hari.

Saya sudah hampir-hampir berbuka, tak tahan rasanya. Rakan saya juga turut 'meracun' nafsu, apabila bersedia untuk membeli sebotol air sejuk bergas di kedai.

Akhirnya, saya ambil keputusan, merebahkan diri di tepi tanah itu untuk melepakkan mata, kerana kepenatan yang amat sangat. Dan alhamdulillah, lena dan tidur kurniaan Allah itu, tidak jadi saya berbuka puasa, termasuk rakan saya.

Tidak cukup dengan itu, ada pelanggan yang memandang sinis, merenung mata dan mengarah membabi-buta, lantaran tugas saya hanya sekadar kuli.

"Tak ada air panas ke resort ni? Saya hari-hari mandi air panas tau. Sekarang saya nak awak masak dan jerangkan air panas untuk saya!" kata seorang peserta kursus yang menginap di resort ini. Itu hanya satu, daripada 1,000 ragam yang saya temui setiap hari.

Daripada Zero ke Hero

Kerja saya pula tidak terhenti selepas jam 5.00 petang.Saya kembali pula ke resort pada 11.30 malam untuk menjadi pengawal keselamatan pula, untuk mendapat sedikit wang tambahan sebagai upah.

Bermula tengah malam sehingga subuh hari. Nyawa adakalanya terancam dan malam hari sering diganggu dengan bunyi-bunyi misteri sehingga esok hari.

Kini saya faham -sangat perasaan watak-watak yang berkerja sebagai kuli ini. Allah beri saya secebis ilmu, untuk selami denyut nadi, rakyat marhaen kepada saya. Mereka juga ada jiwa dan rasa. Mereka juga dilahirkan manusia.

Ada masa mereka juga turut tersinggung apabila dihina dan tidak diberi perhatian. Setiap kali menyapu, hati akan sayu bila melihat, orang membuang sampah sesuka rasa.

Tiap kali mencuci, rasa pedih di hati melihat manusia membuang najis merata-rata. Dan tiap kali mengawal dan menjadi jaga, saya rasai debaran di hati mereka, yang resah menanti musuh yang tiba-tiba menerpa.

Dari situ, saya belajar untuk tidak menghina sesiapa pun, baik tutur, baik warna kulit, baik agama atau apa jua perkerjaannya, saya hormati, kerana mereka mencari rezeki yang halal, sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak dikasihi.

Jangan cerca dan caci mereka, mereka juga manusia seperti kita, hanya membuat kerja yang diarah semata.

"Azamin, sudah sampai masanya awak berhenti dan mencari peluang kerja yang lebih baik kerana awak mempunyai potensi besar di luar sana.

"Di sini, awak tidak akan berkembang ke mana-mana dan kerja ini tidak sesuai untuk awak," kata penyelia saya, Encik Anuar suatu pagi membuatkan hati terasa sebak yang amat.

Lebih menyayat hati, Tuhanku, Allah tidak pernah meninggalkan saya, apatah lagi ketika saya benar-benar menderita. Allah sentiasa mendengar keluh kesah hati.

Dengan izin dan bantuan Tuhan, saya menapak kembali dari "Zero menuju ke Hero" semula, berdikit-dikit walaupun sakit...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Tidak lama selepas itu, Allah mendorong gerak langkah untuk saya menyertai Harakah sebagai sebagai jurujual di laman web Harakahdaily. Ringkas cerita, ujian melintasi saya, yang kemudiannya diserapkan sebagai wartawan selama tiga tahun.

Tiga tahun itu juga, dari utara selatan, timur barat dan dari bandar ke desa saya tuju menimba ilmu kewartawanan, di samping berhadapan dengan 2,001 macam mehnah dan watak manusia.

Sehinggalah Disember tahun lalu, ujian kembali menduga apabila saya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Harakahdaily sehingga kini.

Dan kini ujian demi ujian terus 'menyambar' dan menusuk saya, dan saya akan terus bangkit dan bangkit lagi!

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

Dan jangan pernah berputus asa dalam memohon rahmat-Nya.

Selagi hayat dikandung badan, selagi ibu perlukan kasih anak, selagi isteri dambakan cinta suami, selagi cahaya mata mahukan belaian ayahnya dan susu untuk perutnya.....selagi itulah saya akan terus bangkit ...!

Sama ada daripada 'zero ke hero', atau 'hero ke zero', Allah sentiasa di sisi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Izinkan saya berundur diri, sampai masa ketemu lagi...

Dipetik daripada harakahadaily.net

Read More !